Apple Dilaporkan Ingin Menambah Pengiklanan Pada Apple Maps

TechnologyBusiness & Finance
24 Mar 2026 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple pada hari ini sedia menambah pelbagai bentuk pengiklanan pada App Store, sekaligus menambah pendapatan mereka. Tidak setakat itu, kini ia dilaporkan Apple sedang dalam proses untuk memperkenalkan sokongan pengiklanan pada Apple Maps pada tahun ini.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka mengumumkan perihal berkenaan pengiklanan pada Apple Maps pada bulan ini, dan mula bereksperimen dengannya dalam masa beberapa bulan lagi.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan perniagaan setempat untuk mengiklan penawaran dan kedai mereka – terutamanya kedai makan. Apple juga dilihat memfokuskan kepada memaksimakan pendapatan pengiklanan mereka, dan mula menambah sedikit demi sedikit iklan pada produk mereka ini.

Pada hari ini, arena pemetaan mudah-alih dan pengiklanan perniagaan setempat diterajui oleh Google Maps. Untuk Apple Maps sendiri, angka penggunanya di luar Amerika Syarikat boleh dikatakan masih terhad berbanding dengan Google Maps.