“Lawa Gila Rambut Dia!” – Alya Iman Dipuji Mirip Fazura, Ramai Dah Lupa Isu Buka Tudung?

10 Jun 2023 • 1:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai sudah ketahui, pelakon, Alya Iman telah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Malah, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu turut mengakui dia memakai tudung sebelum ini hanya atas permintaan bapanya untuk menutup aurat sejak kecil.

Bagaimanapun, keputusan Alya itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menganggap perbuatannya seolah-olah melupakan arwah bapanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji kecantikan rambut yang dimiliki oleh pelakon wanita itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan Alya mempunyai wajah yang jelita dan seakan-akan mirip seperti pelakon, Nur fazura.

image is not available

Namun, ada juga segelintir pihak yang mengingatkan tentang kontroversi buka tudung pelakon itu kerana ramai yang seolah-olah lupa dengan isu tersebut.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

Disuruh Tutup Aurat Sejak Kecil, Alya Iman Mengaku Pakai Tudung Sebab Arwah Bapa