Lawatan PM Jepun Ke Kubur Jepun & Tugu Negara Undang Pelbagai Reaksi Netizen

LocalPolitics
27 Oct 2025 • 4:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, ke Malaysia baru-baru ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47  mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen tempatan.

Takaichi yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia dilaporkan mengunjungi Japanese Cemetery di Kuala Lumpur serta Tugu Negara dan meletakkan jambangan bunga sebagai tanda penghormatan. Beliau kemudiannya memuatnaik foto lawatannya itu di laman X rasmi miliknya.

“Hari ini, saya telah melawat Perkuburan Jepun Kuala Lumpur dan meletakkan bunga di monumen peringatan. Saya berasa sangat tersentuh kerana berpeluang memberi penghormatan kepada nenek moyang yang telah kehilangan nyawa mereka di Malaysia.

Selepas itu, saya turut melawat Tugu Negara untuk menghormati roh para askar dan orang awam yang terkorban dalam dua peperangan dunia serta perjuangan kemerdekaan Malaysia, sambil merenung kembali sejarah Malaysia,” tulisnya.

Namun, tindakan tersebut mendapat reaksi kurang senang daripada sebahagian rakyat Malaysia. Ramai menganggap lawatan itu tidak sensitif terhadap sejarah penjajahan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua.

image is not available

Meskipun, niat sebenar lawatan tersebut masih menjadi perbincangan, ramai rakyat Malaysia mengharapkan pemimpin Jepun akan lebih peka terhadap sensitiviti sejarah dan tidak menyinggung perasaan generasi yang masih terkesan dengan peristiwa lampau itu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.