Lawatan Presiden China: 7 Jalan Ditutup Pagi Ini

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 8:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tujuh laluan sekitar Putrajaya dan Selangor akan ditutup bermula pukul 8.50 pagi ini bagi memudahkan pergerakan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan ke Malaysia.

Antara laluan yang akan ditutup di sekitar Putrajaya pagi ini adalah Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan dan Lingkaran Putrajaya.

Turut akan ditutup melibatkan laluan di Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil dan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik memaklumkan, penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara tersebut.