“Lawyer Penipu!” – Tular Bekas MB Pahang & Siti Kassim Saling Bertikam Lidah [Video]

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 10:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak semalam (28 April), tular di media sosial beberapa video yang memaparkan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob bertengkar dengan peguam, Siti Kassim di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam video yang sohor itu, kelihatan kedua-duanya saling bertikam lidah sambil ditenangkan oleh beberapa individu di sana.

Difahamkan, pergaduhan terbabit tercetus di hadapan rakan media yang sedang berada di lokasi berkenaan bagi menanti sidang akhbar peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes berkas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tok Nan dan Siti Kassim berkelahi isu Orang Asli

Sebelum insiden berkenaan, Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Nan dilihat berbual dan merakam gambar bersama Orang Asli di kawasan lobi tersebut.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba suasana menjadi tegang apabila kedua-dua mereka mula bertikam lidah dipercayai mengenai isu Orang Asli.

Difahamkan, Siti mengeluarkan kata-kata yang meminta Orang Asli tidak mendengar cakap orang politik kerana golongan itu disifatkan sebagai penipu.

“Jangan banyak cakap, Orang Asli banyak kali sudah kena tipu. Betul tak?” soalnya dipetik Sinar Harian.

“Lawyer penipu!” – Tok Nan

Tidak berdiam diri, Adnan pula membalasnya dengan turut mengatakan bahawa peguam yang kerap menipu dengan membela orang yang bersalah.

Adnan turut menegaskan kepada Siti bahawa dia dan Orang Asli di Pahang mempunyai hubungan yang baik.

“Awak baru sekarang. Tanya orang asli Pahang (hubungan) dengan aku macam mana. Jangan masuk campur.

“Sudahlah ini, peguam penipu, bukan hal dia tapi dia campur,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan itu, Siti membalas dengan mengatakan bahawa gaya orang politik sememangnya begitu.

Perang mulut antara kedua-dua individu tersebut yang berlarutan lebih 10 minit bagaimanapun berakhir selepas Adnan dan Siti dilihat beredar dari kawasan terbabit.

Source: