
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video memaparkan beberapa orang lelaki sedang sibuk membetulkan sebuah pelamin yang dilihat sudah roboh di atas pentas.
Dalam video tersebut turut kelihatan pasangan pengantin yang ketika itu sedang makan beradab juga melihat pelamin mereka sedang diperbetulkan. Pelamin tersebut dipercayai roboh selepas terdapat kanak-kanak bermain di kawasan tersebut.
Mengucap panjang tgk tapi mak dia rasa lucu… pic.twitter.com/ItiR9cVJq7
— Faiz Fayeshz 🇲🇾 (@faizfayeshz) April 28, 2025
Wanita jelaskan situasi yang berlaku hingga menyebabkan pelamin roboh
Susulan itu baru-baru ini, seorang wanita yang juga ibu kepada kepada anak kecil berkenaan telah tampil untuk menjelaskan situasi yang berlaku.
Dalam video tersebut kedengaran wanita itu menjelaskan satu persatu insiden yang terjadi. Namun apa yang menjadi perhatian apabila dia memberi penjelasan sambil ketawa.
Dia juga menjelaskan ketika insiden berlaku dia berasa marah namun dalam masa sama merasakan ianya kelakar.
Rasa bersalah dan mohon maaf pada pengantin
Ujarnya lagi, meskipun ia adalah perkahwinan rakannya namun dia tetap rasa bersalah dan sudah memohon maaf atas perkara berlaku serta memaklumkan pasangan pengantin tidak marah mengenainya.
Video wanita itu bagaimanapun telah menarik perhatian ramai yang mengecamnya kerana kurang bersetuju dengan caranya memberikan penjelasan sambil ketawa.
Kes anak robohkan pelamin org so dgr lah mak dia explain sambil gelak2 lucu katanya… pic.twitter.com/JwIlFglh4O
— Faiz Fayeshz 🇲🇾 (@faizfayeshz) April 28, 2025
Pengantin tampil jelaskan isu pelamin roboh
Ekoran daripada kecaman yang diterima oleh wanita berkenaan, pasangan pengantin kemudiannya tampil memberi penjelasan mengenai hal berkenaan.
Menerusi video dikongsikan oleh Nashkaff Nazri yang mesra dipanggil Kap di TikTok, dia berpendapat apa yang berlaku hanyalah satu insiden kecil memandangkan individu yang melakukannya adalah kanak-kanak.
Jelasnya ketika majlis berlangsung bukan sekadar pelamin yang roboh sebaliknya bekalan elektrik turut terputus. Dia bagaimanapun faham apabila ada netizen yang mengecam berhubung insiden itu.
“Ada segelintir boleh terima hal itu, ada yang tidak boleh terima. Tapi kami setakat ini alhamdulillah okay sahaja tiada masalah pun. Selagi mana majlis itu boleh berjalan dengan lancar dan baik, kita orang okay sahaja. Dah-dah lah tu,” jelasnya.
Tak ambil isu pelamin roboh sebagai masalah yang besar
Kap juga memaklumkan wanita berkenaan terutama suaminya adalah rakan baik mereka sejak dahulu lagi, malah dia enggan menjadikannya satu masalah besar.
Tambahnya lagi apa yang dibimbangkan adalah jika ada kerosakan yang teruk pada bahagian pelamin sahaja. Namun tiada kerosakan teruk maka ia bukan satu hal besar buat Kap dan isteri.
“Jadi korang yang dekat luar tu, tak ada apa pun. Keluarga aku pun okay, keluarga aku siap suruh simpan video tu sebagai kenangan yang terindah lah.”
Nash turut memaklumkan sejak dari awal mereka sememangnya mempunyai masalah dengan pelamin namun tidak sangka ia turut berlaku di hari persandingan. Malah menyifatkan keluarganya tidak mempunyai masalah dengan hal tersebut.
“Kalau nak diikutkan kisah yang sebetulnya memang kita orang ada masalah dengan pelamin daripada malam berinai lagi. Malam berinai tu berapa kali pelamin roboh, tapi disebabkan pelamin berinai tu pelamin DIY, kita gubah sendiri kan. Jadi tak jangka pula esoknya tu pun ada isu sama pelamin roboh,” katanya kepada BuzzKini.
Anggap insiden sebagai kenangan di masa akan datang
Ujar Kap majlis persandingan tersebut adalah sebelah lelaki dan mereka menganggap insiden tersebut kenangan di masa akan datang.
Malah rakan wanita itu juga telah memohon maaf kepadanya namun tidak dapat menghalang netizen daripada memberikan pendapat.
“Benda ini pun tidak boleh salahkan anak dia (rakan wanita) sorang. Sebab apa yang saya dapat tahu ada lagi budak-budak yang lain ada dekat atas tu. Ha jadinya mungkin budak sorang lagi tu tak dapat nak dikesan sebab dia dah tergolek ke belakang.
“Jadi yang dapat point straight sekarang adalah anak dia, sebab tu netizen kecam kaw-kaw.”
Ketika disoal bagaimana Kap boleh tenang dalam mengendalikan isu ini, dia menjelaskan jika netizen marah dan dia juga mempunyai sikap sama maka isu ini tidak boleh diselesaikan dengan baik.
“Saya mengalah bukan sebab dia kawan, tidak. Bagi saya benda (insiden) tu tak dijangka. Kita tak jangka semua itu akan jadi pada hari tu. Dah jadi, itu semua ketentuan Allah SWT kita reda jelah.”
Replying to @My 💗 lek arrr santai santai jer😎 #pelaminangankumusnah #fyp
Video penjelasan undang pelbagai reaksi ada yang memuji dan ada yang mengecam ibu kanak-kanak itu
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengatakan mereka faham dengan insiden yang berlaku namun tidak memahami kenapa wanita tersebut membuat penjelasan sambil tergelak dan merasakannya kelakar.
Ada juga yang memuji pasangan pengantin kerana mengendali dan menerima situasi perkara tersebut dengan tenang dan sabar.
“Kita faham je perangai budak, yang tak faham kenapa mak budak tu gelak-gelak apa yang kelakar?”

“Bagusnya cara pengantin mengambil dengan tenang, sabar dan reda. Mashallah orang muda hebat. Semoga Allah gantikan dengan kemewahan dunia dan akhirat yang melimpah ruah.”

“Netizen kecam sebab dia jelaskan sambil gelak-gelak, siap cakap rasa macam kelakar. Apa yang kelakar, pelamin orang roboh”

“Power lah abang dan isteri tebal betul tahap kesabaran korang ya. Orang banyak sabar ni Insya-Allah, Allah SWT akan bagi yang lebih baik. Selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke anak cucu”



![“Peniaga Contoh” – KPDN Melaka ‘Senyum Lebar’, Premis Milik Aunty Ini Patuh Garis Panduan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)

![“Overthinking Jadi Realiti” – 2 Tong Gas Jatuh Dari Lori Buat Ramai Bimbang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)