Layanan Ibu Syed Saddiq Terhadap Bella Astillah & Anak-Anak Sentuh Hati Netizen - “Dengan Ara Sekali Mama Ratukan…”

9 Nov 2026 • 3:06 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Layanan Ibu Syed Saddiq Terhadap Bella Astillah & Anak-Anak Sentuh Hati Netizen - “Dengan Ara Sekali Mama Ratukan…”

Netizen meluahkan rasa terharu melihat layanan ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz terhadap menantunya, Bella Astillah serta cucunya.Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, seorang pengguna Threads berkongsi momen manis memaparkan gelagat Sharifah Mahani sedang mengikat rambut cucunya, Ara.Tindakan kecil itu ternyata menyentuh hati netizen apabila ibu Syed Saddiq dilihat melayan cucunya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.Tidak hanya mengikat rambut, Sharifah Mahani atau lebih mesra dengan panggilan mama juga kemudiannya melayan Ara dengan bermain ‘sep sep tom tom’ sebelum kembali memeluk anak kecil itu.“Ala mama tipu lah. Kata nak meratu kan Bella. Tapi tengok ni. Dengan Ara sekali mama ratukan.“Mama dan abuya, kalian berdua betul-betul kiriman yang baik dari Allah untuk Bella Astillah dan anak-anak,” tulis pengguna Threads berkenaan.Hantaran itu kemudiannya turut dibanjiri dengan komen-komen positif dan rata-ratanya bersyukur kerana Bella dikurniakan mentua yang baik hati.Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved