Lazada yang dimiliki oleh Alibaba kini dilihat melakukan penstrukturan semula, dan telah membuang sejumlah pekerja di rantau Asia Tenggara. Mengikut laporan, ia dianggarkan sekitar 5% dibuang oleh Lazada.

Buat masa ini, ia tidak diketahui jumlah angka penuh pekerja Malaysia yang terkesan dengan langkah ini. Lazada sedia menghadapi cabaran sengit dalam arena edagang, dimana kini ia dilihat Shopee dan TikTok Shop lebih menonjol di pasaran Malaysia, mahupun Asia Tenggara.
Ia dikatakan pengurangan pekerja ini bukan disebabkan oleh kecerdasan buatan. Sebelum ini, pelbagai syarikat telah membuang pekerja mereka disebabkan digantikan oleh kecerdasan buatan, termasuk Shopee yang telah mengurangkan sekitar 8% tenaga kerja khusus pembangun.




