Shopee Dilaporkan Buang Ratusan Pembangun Disebabkan Oleh AI

TechnologyBusiness & Finance
10 Jun 2026 • 4:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shopee Dilaporkan Buang Ratusan Pembangun Disebabkan Oleh AI

Shopee kini membuang ratusan pembangun pada syarikat mereka, dijangka memberikan impak kepada sekitar 8% pekerja dalam bahagian pembangunan. Langkah ini diambil adalah disebabkan oleh adaptasi kecerdasan buatan janaan dalam membangunkan perkhidmatan baharu.

Selain melibatkan bahagian pembangunan, Shopee dijangka akan membuang lebih ramai pekerja melibatkan bahagian yang lain.

Sebelum ini, pelbagai syarikat teknologi turut telah mula memilih untuk mengurangkan angka pekerja mereka, dan menggunakan kecerdasan buatan janaan dalam mengisi kelompongan. Ini juga secara tidak langsung dilihat membantu dalam mengurangkan kos operasi.

Jumlah angka pekerja Malaysia yang terkesan disebabkan perubahan ini tidak dinyatakan lagi buat masa ini.