LCS: Ambil alih BNS sebagai anak syarikat untuk selesaikan projek

LocalPolitics
27 May 2023 • 6:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), supaya projek berkenaan dapat diselesaikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS.

“Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Kementerian Kewangan telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu BNS, sebagai anak syarikat kepada MOF.

Bagaimanapun Anwar berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lengkap berhubung pengambilalihan syarikat itu.

Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS.- Bernama