LCS: Laporan PAC hasil persetujuan bersama

Politics
8 Aug 2022 • 4:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wong Kah Woh

SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) tidak mewakili mana-mana parti. Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, ia berdasarkan hasil persetujuan bersama daripada 14 orang ahli daripada parti berlainan. Ujar beliau, antaranya tiga ahli Parlimen bagi UMNO dan BERSATU; dua ahli dari DAP serta Pas dan setiap satu wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR); Gabungan Parti Sarawak (GPS); Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Warisan (Warisan). “14 Ahli Parlimen dari Parti berlainan, kami satu hati. Satu hati untuk pastikan wang rakyat adalah terjaga. “Segala keputusan adalah secara konsensus,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Ahad. Pada Sabtu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan laporan PAC tersebut menerusi perkongsian siaran di Facebook rasminya. Dalam pada itu, menurut Kah Woh, laporan PAC dibuat berdasarkan pendapat, rumusan serta syor persetujuan secara konsensus PAC selepas hampir dua tahun siasatan isu berkenaan. Ulasnya, Najib perlu mengambil iktibar daripada respons Kementerian Pertahanan (Mindef), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap Laporan PAC ini. “Janganlah PM6 (Najib), profesional sedikit, anda PM6. Jangan baca Google saja, baca laporan penuh. “PAC cuma laksanakan tanggungjawab PAC kepada Parlimen, rakyat dan negara,” menurutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved