
Walaupun sudah bertahun berlalu, kisah kontroversi melibatkan Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan masih hangat diperkatakan.
Dalam satu temubual bersama Melodi, pelakon ini mendedahkan bekas suami tidak pernah bertanya khabar anak.
Disebabkan itulah, dia ‘meletup’ apabila ada netizen acah-acah simpati dengan nasib pemain bola tersebut.
Terbaru, Rita menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT yang ikhlas menjaga keluarga kecilnya.
Di sebalik ujian yang menimpa, pelakon ini melalui hari sukar dan bangkit bersama anak-anak dengan penuh rasa syukur.
Terima kasih kepada Maha Penjaga atas segalanya kerana Dia yang lebih ikhlas menjaga kami. Leave us alone kerana kami sudah bahagia dengan nikmat-Nya.
Sebagai seorang ibu, dia seikhlas hati berkorban untuk anak-anak dan menjadi saksi dua puteranya membesar dengan penuh kasih sayang seperti kanak-kanak lain.
Kredit: Instagram Rita Rudaini

