'Lebaran Kuburan', Tradisi Unik 2 Syawal

4 Apr 2025 • 12:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Setiap daerah di Indonesia mempunyai tradisi untuk meraikan Aidilfitri.

Tanggal 2 Syawal merupakan momen penting buat warga Desa Bunder, Kecamatan Kabat, Indonesia untuk menjalankan ziarah 'lebaran kuburan'.

Kawasan perkuburan di perkampungan itu berubah menjadi seperti 'pesta' berikutan warga setempat tidak melepaskan peluang untuk menyertai tradisi turun-temurun tersebut.

Ia turut mengeratkan silaturahim antara masyarakat kerana mereka berkumpul dan bersama-sama menuju ke tanah perkuburan sambil membawa tikar serta pelbagai juadah enak untuk dikongsi beramai-ramai.

Selesai berdoa di pusara ahli keluarga masing-masing, mereka akan duduk di tepi kubur sambil menikmati hidangan yang dibawa dari rumah.

Difahamkan, 'lebaran kuburan' merupakan salah satu tradisi paling dinantikan terutamanya buat para perantau dari Dusun Krajan yang pulang ke kampung untuk beraya.

"Tidak lengkap bagi pemudik jika tidak bersama-sama menyertai 'lebaran kuburan'. Suasananya sangat meriah," kata salah seorang penduduk, Bimo Seno.

Sumber: Sinar Harian

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved