Lebih 1,000 pemain remaja sertai Karnival Ragbi ATF 10s Rugby 2026

24 Nov 2026 • 9:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 1,000 pemain remaja sertai Karnival Ragbi ATF 10s Rugby 2026

SUBANG JAYA: Lebih 1,000 pemain ragbi berusia bawah lapan hingga 16 tahun bakal menyertai Karnival Ragbi ATF 10s Rugby 2026 selama dua hari bermula Sabtu ini bagi memberi pendedahan kepada bakat muda menerusi pertandingan bertaraf tinggi.

Kejohanan julung kali dianjurkan itu menghimpunkan pasukan dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Johor menerusi 5 kategori umur iaitu bawah 8 tahun (b-8), b-14, b-16 dan b-18.

Pengarah kejohanan merangkap Timbalan Presiden Ragbi Malaysia (MR), Mohd Azmir Zanul Abdin berkata, penganjuran itu bertujuan menyediakan platform pertandingan berkualiti tinggi bagi membolehkan pemain muda merasai pengalaman beraksi dalam kejohanan bertaraf elit.

Menurutnya, meskipun penyertaan kanak-kanak dalam sukan ragbi semakin meningkat, peluang mendapatkan pendedahan menerusi kejohanan berkualiti masih perlu diperluaskan bagi melahirkan pemain yang berpotensi mewakili negara.

“Kita mahu pemain muda merasai pengalaman yang sebelum ini lebih banyak diperoleh pemain kebangsaan supaya mereka lebih bersemangat untuk berlatih, meningkatkan kemampuan dan bercita-cita mewakili negara,” kata ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurutnya, format 10 sebelah (10s) dipilih bagi memberi peluang kepada pemain pelbagai saiz fizikal, dengan penyertaan dihadkan kepada 12 pasukan bagi kategori bawah lapan dan b-10 serta 16 pasukan bagi tiga kategori lain.

Dalam pada itu, ATF menyasarkan kejohanan berkenaan menjadi acara tahunan sebelum berkembang sebagai destinasi ragbi remaja Asia dengan penyertaan sekurang-kurangnya satu atau dua pasukan antarabangsa pada edisi tahun depan dan tiga pasukan menjelang tahun ketiga.

Selain pertandingan dan aktiviti keluarga, penganjur turut menyediakan jersi khas kepada pasukan juara setiap kategori Piala, pingat tempahan khas kepada peserta serta tajaan penginapan tiga hari dua malam di inap desa oleh Enzet Malaya kepada pasukan yang menjuarai kategori berkenaan. – UTUSAN

The post Lebih 1,000 pemain remaja sertai Karnival Ragbi ATF 10s Rugby 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved