Lebih 1,000 pengguna termasuk luar Selangor muat turun aplikasi tuisyen percuma

14 Sep 2024 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 SEPT: Lebih 1,000 pengguna memuat turun aplikasi Program Tuisyen Rakyat Selangor (e-PTRS) sejak ia dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 13 Ogos lalu.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata aplikasi itu mengandungi soalan ramalan peperiksaan, modul pembelajaran dan video rakaman pembelajaran oleh guru terlatih yang boleh diakses pada bila-bila masa.

“Lebih menarik ada pelajar di luar Selangor muat turun aplikasi ini, kita benarkan, maksudnya bekalan modul pembelajaran ini bukan terhad kepada negeri Selangor sahaja. Bahkan modul kita ini turut dikenali di negeri lain.

image is not available
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor melakukan simbolik perasmian sempena Majlis Penyerahan Modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Saujana Putra pada 31 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri pentadbiran, yang digunakan semua guru penyelaras PTRS untuk tuntutan elaun dan makanan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Media Selangor.

Beliau memaklumkan MBI akan mengadakan siri jelajah ke seluruh sekolah di daerah Selangor bagi mempromosikan penggunaan aplikasi itu.

Terdahulu, Amirudin berkata PTRS ditambah baik dengan pembangunan aplikasi dalam talian bagi memudahkan 130,000 pelajar mengakses bahan pembelajaran.

Beliau berkata pentadbiran juga akan meneliti keperluan pemberian data Internet percuma bagi membantu pelajar mengulang kaji pada bila-bila masa seiring matlamat mendigitalkan proses pembelajaran.

image is not available
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor pada majlis penyerahan Modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan sumbangan dana pengurusan PIBG sekolah daerah Hulu Langat di SMK Bandar Saujana Putra pada 31 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved