Lebih 1.13 juta pengundi Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lebih 1.13 juta pengundi Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari
Seramai 1,130,980 pengundi atau 42.16 peratus daripada lebih 2.6 juta pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada PRN Johor ke-16 setakat jam 1 tengah hari. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sebanyak 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 1 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan DUN Sedili, masing-masing mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 50.5 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat pada kadar 48.6 peratus.

Bagaimanapun, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 32.2 peratus, DUN Bentayan pada kadar 32.6 peratus manakala DUN Simpang Jeram mencatatkan 35.2 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 34.51 peratus atau 888,605 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved