Lebih 1,500 anjing terbiar di Kelantan dilupus

22 Oct 2026 • 4:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 1,500 anjing terbiar di Kelantan dilupus

PASIR MAS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah melupuskan sebanyak 1,536 ekor anjing terbiar di seluruh negeri ini.

Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Awam JPV, Dr. Norhaliza Abdul Halim berkata, tindakan itu bertujuan kawalan populasi dan berdasarkan aduan kes gigitan haiwan berkenaan.

“Daripada jumlah itu, hanya 182 sampel diambil dan kesemuanya negatif rabies berdasarkan sasaran persampelan Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan 2026,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Rabies Sedunia di Kompleks Apam Putra di sini hari ini.

Norhaliza memberitahu, secara asasnya negara bebas penyakit rabies dalam kalangan populasi manusia dan haiwan.

Katanya, ia berpandukan kepada Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan yang dijalankan setiap tahun oleh JPV.

“Penyakit rabies ini berpunca atau merebak melalui pergaulan dan gigitan haiwan yang terjangkit, bukannya diwarisi sejak lahir atau disebabkan oleh pemakanan.

“Rabies merupakan sejenis virus yang boleh menjangkiti haiwan mamalia, terutamanya haiwan liar dan apabila mengigit manusia ia juga boleh membawa kepada kematian,” ujarnya.

Beliau berkata, negeri yang bersempadan termasuk Kelantan antara yang berisiko anjing terbiar dijangkiti rabies, bagaimanapun tiada sebarang jangkitan di kesan.

“Berdasarkan data, anjing yang dijangkiti rabies sehingga Ogos tahun ini adalah sebanyak 97 kes yang melibatkan 90 kematian sejak 2017 yang berlaku di Sarawak.

“Terbaharu, kita telah mengesan satu kes kematian yang melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun di Kedah akibat digigit anjing terbiar yang dijangkiti rabies. Selain itu, Sarawak merupakan negeri paling banyak anjing yang dijangkiti rabies setakat ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, tahun ini sebanyak tujuh kes kematian direkodkan termasuk enam daripadanya di Sarawak dan satu di Kedah akibat digigit anjing. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih 1,500 anjing terbiar di Kelantan dilupus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved