MBS teruskan insentif serahan anjing cegah rabies

10 Oct 2026 • 10:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MBS teruskan insentif serahan anjing cegah rabies

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) meneruskan Program Serahan Anjing Secara Sukarela bagi mengawal populasi anjing terbiar berikutan kebimbangan terhadap penularan rabies susulan kes kematian di Kedah.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, langkah pencegahan awal penting bagi mengurangkan risiko penularan penyakit zoonotik yang boleh membawa maut itu.

Sebanyak 35 ekor anjing diserahkan menerusi program berkenaan dari 24 Ogos hingga 30 September lalu, membabitkan pembayaran insentif berjumlah RM1,750.

“Program ini menyediakan saluran kepada pemilik yang tidak lagi mampu menjaga anjing peliharaan untuk menye­rahkannya secara sukarela, selain membantu menangani isu anjing terbiar,” katanya.

MBS akan meneruskan inisiatif itu secara terkawal dan berperingkat mengikut peruntukan undang-undang serta garis panduan kebajikan haiwan, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Beliau turut menggesa pemilik anjing memastikan haiwan peliharaan dilesenkan, divaksinkan, dimandulkan dan tidak dibiarkan berkeliaran di tempat awam.

Kerjasama masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penting bagi memastikan pengurusan haiwan dilaksanakan secara bertanggungja­wab demi keselamatan awam. – UTUSAN

The post MBS teruskan insentif serahan anjing cegah rabies appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved