Lebih 10,000 Calon Tak Hadir Duduki SPM 2023 – KP Pendidikan

Politics
27 May 2024 • 11:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lebih 10,000 Calon Tak Hadir Duduki SPM 2023 – KP Pendidikan

PUTRAJAYA — Seramai lebih 10,000 calon baharu tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Katanya, KPM akan mengenal pasti punca ketidakhadiran kelompok tersebut.

” Kita akan teliti sebab-sebab mengapa calon ini tidak hadir. Bagaimanapun telah berlaku penurunan yang agak banyak dari segi calon tidak hadir berbanding tahun lepas.

“Dan kita akan teliti satu-persatu sebab-sebab dan intervensi yang akan kita laksanakan untuk pastikan perkara ini akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam sidang media sejurus selepas pengumuman dibuat.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved