Lebih 100,000 unit PPR dibina, kerajaan sedia banyak kediaman selesa

6 May 2024 • 12:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA SELANGOR, 6 MEI: Sebanyak 202 projek perumahan rakyat (PPR) melibatkan 115,039 unit kediaman siap dibina di seluruh negara sejak 1998, kata Menteri Perumahan Nga Kor Ming.

Beliau menjelaskan sebanyak 19 projek membabitkan 7,517 unit pula sedang dibina selain terdapat 19 projek lagi terdiri daripada 6,006 kediaman dalam peringkat perancangan.

“Nilai keseluruhan kewangan disediakan kerajaan persekutuan bagi program ini berjumlah RM12 bilion,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pembinaan PPR Harmoni Madani hari ini.

PPR Harmoni Madani yang bakal dibina atas tanah seluas 8.09 hektar akan menempatkan 245 keluarga peneroka daripada lima estet dan dijangka siap hujung 2026.

Projek bernilai RM75 juta yang turut membabitkan kerjasama Kerajaan Selangor dan Berjaya Corporation Berhad dilengkapi tiga bilik dengan keluasan 1,200 kaki persegi seunit.

Melibatkan pekerja dari estet Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak, projek itu sekali gus menamatkan penantian 26 tahun penduduk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved