
SANDAKAN: Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa kebakaran Kampung Gas yang berlaku pada 2018.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia dijangka mula dibina tahun ini.
Ujarnya, sebelum ini peruntukan yang disediakan tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.
“Itu sebabnya hampir tiga kali projek ini telah dipanggil untuk tender,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Motac Bersama Komuniti @ Batu Sapi sempena Hari Raya Aidil Fitri di Padang PPR Taman Batu Sapi, di sini, pada Sabtu.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berkata berdasarkan makluman Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), projek itu ketika ini di peringkat penilaian dan penganugerahan tender.
“Tetapi, masih ada sedikit perkara perlu dilihat lebih lanjut melibatkan peruntukan yang diperlukan sebelum ia dilaksanakan kelak,” katanya.
Kira-kira 106 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gas dan pembinaan PPRT itu sebagai usaha kerajaan bagi membantu mangsa yang terlibat.
Mangsa juga ditempatkan di rumah kontena berdekatan kampung itu susulan kebakaran tersebut.
Ketika ini, hanya beberapa mangsa sahaja masih memilih untuk tinggal di situ kerana rumah kontena berkenaan sudah usang dan yang lain terpaksa menyewa dan menumpang keluarga untuk sementara menunggu PPRT itu.
Firdaus menerangkan, meski peruntukan sudah disediakan tahun lepas, namun tidak ramai atau tiada kontraktor yang sanggup mengambil tanggungjawab bagi melakukan projek itu.
Beliau berharap dalam tahun ini, PPRT itu akan dibina untuk kemudahan mangsa kebakaran terlibat.
Hadir sama dalam program itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, AdunSungai Manila, Datuk Mokran Ingkat, Ketua PGRS Batu Sapi, Saparudin Abu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting, Datuk Chew Kok Woh, pemimpin dan penduduk setempat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

