
SHAH ALAM - Lebih 100 individu menyertai Himpunan Daulat Tuanku:Pertahankan institusi diraja yang diadakan di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.
Himpunan yang dianjurkan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor dan Pemuda Pakatan Harapan(PH) Selangor itu bertujuan untuk mempertahankan institusi diraja yang didakwa telah disentuh beberapa pihak tidak bertanggungjawab.
Himpunan yang bermula kira-kira jam 2 petang itu turut dihadiri Ketua Pemuda BN Selangor, Datuk Imran Tamrin dan Ketua Angkatan Muda PH Selangor, Danial Al Rasyid.
Turut kelihatan beberapa anggota polis yang turut melakukan kawalan keselamatan di sekitar lokasi himpunan di sini.
AKAN MENYUSUL

