“Lebih 100 kematian di US” – Public Health Malaysia Tak Galakkan Makan Oyster Mentah Sebab…

Entertainment
12 Sep 2022 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ini memang tengah trending makan oyster mentah tu kan, kita dapat lihat di TikTok dan ramai peniaga dah mula sajikan hidangan ini.

Bagaimanapun timbul satu isu apabila ada segelintir peniaga yang jual oyster mentah yang dah boleh dikatakan ‘dah busuk’ tetapi dakwa masih ‘segar’. Dalam perkongsian yang tular sebelum, info mengatakan kalau isi oyster hitam maknanya dah tak elok.

 

Bakteria Vibrio Parahaemolyticus

Namun begitu Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.

Untuk gambaran yang paling mudah, PHM memberikan satu contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan oyster mentah itu.

Menurut PHM, perkara ini memang boleh terjadi kepada mana-mana pemakan menu tersebut, ia kerana dalam oyster tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.

image is not available

“Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.”

Jadi, bakteria ini boleh berganda jika tiram tersebut berada di dalam suhu bilik, biarpun rupa, bau dan rasa sama dengan yang tiada bakteria.

Kesannya, jika pemakan ‘tertelan’ bakteria ini, pemakan boleh mengalami cirit birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.

Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.”

Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episode dimana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram. Ya itu adalah…

Posted by Public Health Malaysia on Sunday, September 11, 2022

Bagi mana-mana yang gemar makan menu ni dan kerap makan, harap dapatlah dikurangkan, seeloknya elakkan sahaja sebab banyak yang kena food poisoning kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.