Lebih 100 Rumah Sementara Akan Ditawarkan Oleh Selangor Buat Mangsa Letupan Gas Putra Heights

4 Apr 2025 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Laporan Berita Harian memaklumkan bahawa lebih 100 buah rumah sementara akan ditawarkan buat mangsa insiden letupan gas yang berlaku di Putra Height pada raya kedua, baru-baru ini.

Sebahagian sewa ditanggung oleh kerajaan

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, tawaran berkenaan dibuat melalui skim SMART Sewa Selangor dengan sebahagian sewaan akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

image is not available

Namun begitu, ketika ini, kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kediaman sementara itu, selain mangsa dijangka akan memasuki rumah berkenaan pada minggu hadapan.

Rumah sementara buat mangsa

Rumah sementara ini akan disediakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), selain turut mendapat kerjasama daripada pihak Airbnb.

image is not available

Sekadar info, kebakaran besar yang berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, melibatkan saluran paip gas sepanjang 500 meter telah mengakibatkan kerosakan besar kepada rumah dan kenderaan penduduk disitu.

image is not available 3 days ago

Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta, Bantu Mangsa Kebakaran Di Putra Heights