“Satu Daripada Tiga Paip Dikesan Pecah..” – Polis Sahkan Wujud Aktiviti Mengorek 30 Meter Dari Lokasi Letupan

LocalPolitics
4 Apr 2025 • 9:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa terdapat aktivitII mengorek tanah yang telah dilakukan berhampiran lokasi letupan gas bawah tanah di Putra Height yang berlaku pada hari raya kedua lalu.

Kerja mengorek dilakukan 30 meter dari lokasi letupan

Namun begitu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih perlu menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kerja pengorekan itu punca letupan gas berlaku.

Menurutnya, setakat ini seramai 56 saksi sudah dipanggil menjalani sesi percakapan untuk membantu siasatan kes ini.

image is not available

Kerja mengorek tanah dibuat bagi menggantikan paip kumbahan, terletak kira-kira 30 meter (m) dari lokasi letupan. Namun, kita belum mengenal pasti sama ada mereka turut membuat kerja pada hari pertama Aidilfitri atau sebaliknya.

Berdasarkan keterangan saksi, eskavator yang dilihat pada hari terbabit dikatakan mahu dibawa keluar dari tapak projek, tetapi mereka dikatakan tidak sempat berbuat demikian.

Satu daripada tiga paip dikesanpecah

Difahamkan, tiga paip gas natural yang membawa bahan berkenaan dari Terengganu ke selatan dan utara Semenanjung serta Thailand.

image is not available

Bahkan, sewaktu insiden berlaku, satu daripada tiga paip berkenaan pecah yang mengakibatkan letupan tersebut berlaku.

image is not available 2 days ago

Lebih 100 Rumah Sementara Akan Ditawarkan Oleh Selangor Buat Mangsa Letupan Gas Putra Heights