Lebih 1000 sekolah tak selamat, daif – Fadhlina Sidek

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 9:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan sebanyak lebih 1,000 sekolah di seluruh negara mempunyai bangunan yang tidak selamat dari segi struktur dan dikategorikan sebagai sekolah daif.

Permohonan penggantian sekolah

Image from: Lebih 1000 sekolah tak selamat, daif – Fadhlina Sidek

Memetik laporan Utusan Malaysia, menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sehingga suku pertama tahun ini, sebanyak 1,061 sekolah direkodkan mempunyai bangunan yang berada di bawah klasifikasi Skala Tujuh, iaitu kategori bagi bangunan sekolah daif.

“KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sentiasa meneliti keperluan dan keboleh­laksanaan pembinaan bangunan gantian bagi sekolah yang berada pada Skala Tujuh.
“Permohonan penggantian sekolah yang memenuhi kriteria akan dikemukakan secara berfasa kepada agensi pusat untuk pertimbangan di bawah pe­rancangan pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT),” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Willie Anak Mongin yang meminta penjelasan mengenai jumlah sekolah daif mengikut negeri, nisbah guru kepada murid di kawasan bandar dan luar bandar serta kekosongan jawatan guru mengikut negeri.

Menurut Fadhlina, KPM kekal komited memastikan prasarana pendidikan yang selamat dan kondusif disediakan demi keselesaan murid serta seluruh warga sekolah di negara ini.

Image from: Lebih 1000 sekolah tak selamat, daif – Fadhlina Sidek

Artikel lain: Difitnah guna video AI? Fadhlina buat laporan polis -“Jatuhkan kehormatan, bunuh karakter saya”

Dalam pada itu, beliau berkata, perancangan penempatan guru dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk jumlah pendaftaran murid, lokasi sekolah sama ada di bandar atau luar bandar, keperluan mata pelajaran, pilihan guru serta kekosongan jawatan yang sedia ada.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan pengagihan guru dapat dilaksanakan secara lebih seimbang mengikut keperluan sebenar sekolah.
“Berdasarkan kedudukan pe­ngisian guru semasa, sehingga Jun lalu, jumlah guru berkhidmat adalah seramai 422,804 orang dengan kadar pengisian sebanyak 98.11 peratus,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Aslinda Nasir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved