Lebih 152,000 ‘tahi dadah’ kantoi ujian saringan

16 Oct 2026 • 1:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 152,000 ‘tahi dadah’ kantoi ujian saringan

PETALING JAYA – Sebanyak 152,856 keputusan ujian air kencing positif dadah direkodkan di Malaysia bagi kategori kesalahan melibatkan dadah terkawal atau bahan psikoaktif lain tahun lepas.

Menerusi infografik Statistik Jenayah, Malaysia 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), data itu merangkumi kategori perbuatan melibatkan dadah terkawal atau bahan psikoaktif lain yang diklasifikasikan di bawah Klasifikasi Jenayah Antarabangsa untuk Tujuan Statistik (ICCS).

Selain itu, DOSM turut mendedahian sebanyak 4,562 kes serangan seksual tahun lepas, merangkumi 3,347 kes fizikal dan 1,215 kes bukan fizikal.

Dalam kategori perbuatan yang membawa kepada kematian atau berniat menyebabkan kematian, sebanyak 252 kes bunuh direkodkan, termasuk 248 kes dengan niat dan empat kes tanpa niat.

Sementara itu, sebanyak 1,486 kes jenayah siber turut direkodkan dalam kategori jenayah terhadap keselamatan awam dan negara.

Bagi kategori jenayah yang menjejaskan ketenteraman awam, statistik menunjukkan kegiatan penyelewengan barang kawalan melibatkan pelbagai barangan keperluan seperti 463 kes diesel, diikuti petrol (449 kes) dan minyak masak (367 kes)

Selain itu, sebanyak 350 kes melibatkan gas petroleum cecair (LPG), gula (182 kes) dan tepung gandum (90 kes).

Dalam kategori kesalahan terhadap alam sekitar, sebanyak 4,911 kes penangkapan ikan secara haram direkodkan, manakala satu kes rompakan di laut turut dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih 152,000 ‘tahi dadah’ kantoi ujian saringan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved