
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) mencatatkan 16,009 koperasi sehingga Jun tahun lalu.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, dalam tempoh sama, keanggotaan koperasi juga mencecah 7.15 juta orang menunjukkan kesedaran ramai manfaat berkoperasi, meningkat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam tempoh sama katanya, jumlah syer dan yuran terkumpul RM18 bilion manakala jumlah aset terkumpul bernilai RM171.40 bilion dan perolehan RM33.05 bilion.
“Di Sabah, kita ada 1,993 buah koperasi dengan keanggotaan 368,136 orang, jumlah syer serta yuran sebanyak RM264.64 juta dengan jumlah aset RM966.65 juta dan perolehan RM363.98 juta.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya yakin jika semua sumber ini digembleng dengan baik dan efisien, sudah pasti akan beri impak besar kepada sosio ekonomi anggota.
“Sekaligus, limpahannya secara terus sampai kepada masyarakat, negeri dan juga negara,” katanya selepas merasmikan Jom@Coop anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa), di sini, Ahad.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor.
Dalam pada itu, Ewon berkata, IKMa telah menubuhkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dan cohort yang pertama telah bergraduat pada 20 Februari lalu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, beliau turut dilantik sebagai Canselor UKKM yang pertama sebagai penghormatan di atas wawasan dan inisiatif memperkasa ekonomi dan modal insan di negara ini.
“UKKM ada menawarkan pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan juga PhD dan program ditawarkan juga mendapat akreditasi daripada MQA.
“Kemudahan tajaan dalam bentuk biasiswa dan pembiayaan turut disediakan kepada mereka yang layak apabila melanjutkan pengajian di UKUKKM.
“Justeru, sekiranya ada anak-anak lepasan SPM yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, boleh mempertimbangkan UKKM sebagai pilihan,” katanya.




