Lebih 180,000 Peminjam PTPTN Yang Belum Bayar Balik Merupakan Penerima STR

LocalPolitics
21 Nov 2024 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, lebih dari 180,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih belum membuat bayaran semula merupaka penerima bantuan Sumbang Tabung Rahmah (STR).

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, jumlah tersebut diperoleh daripada 415,109 peminjam yang tidak pernah membayar balik sehingga 31 Ogos 2024.

image is not available

Namun begitu, kata Dr Zambry, seramai 225,529 atau 54.3% peminjam bukan daripada golongan penerima bantuan berkenaan.

PTPTN pada masa ini hanya memegang data yang dikumpul semasa permohonan, ketika peminjam biasanya tidak mempunyai pendapatan.

image is not available

Difahamkan, lebih 1000 peminjam di bawah Parlimen Jerantut tidak membayar semula pinjaman tersebut dan ia berjumlah RM38.17 juta dalam tempoh sama.

image is not available 2 months ago

"Beli Honda Boleh, Bayar Hutang Tak Boleh?" - 430,000 Individu Peminjam PTPTN Belum Bayar RM6 Bilion