Lebih 2,000 Hadir Sertai Life Moves Festival 2025 Anjuran Sunway Medical Centre

LocalHealth & Fitness
7 Aug 2025 • 11:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lebih 2,000 pengunjung membanjiri Life Moves Festival 2025 anjuran Pusat Perubatan Sunway (SMC), membuktikan sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap inisiatif kesihatan komuniti yang membawa pendekatan santai namun sarat dengan ilmu.

Bertempat di lobi Menara C & D hospital tersebut, festival ini mengetengahkan pelbagai aktiviti kesihatan secara percuma, termasuk pemeriksaan paras gula, kolesterol, analisis komposisi badan, dan ujian air kencing. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan khidmat konsultasi daripada barisan doktor profesional SMC.

Pengesanan Awal Penting, Jangan Tunggu Sampai Terlambat

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, 15.6% orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, manakala lebih 50% mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Malangnya, banyak kes penyakit seperti kanser dan sakit jantung hanya dikesan pada peringkat lewat.

“Dalam kebanyakan kes, pengesanan awal membolehkan rawatan dimulakan lebih awal, sekaligus memberikan peluang yang lebih baik untuk mengurus NCDs,” jelas Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif SMC.

Menurut beliau, acara seperti ini penting untuk menanamkan kesedaran tanpa stigma, sekaligus menggalakkan masyarakat mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan mereka.

Pameran Jantung Interaktif & Aktiviti Mesra Keluarga Curi Tumpuan

Antara tarikan utama ialah pameran “Jantungku”, yang memberi peluang kepada pengunjung menyusuri sistem kardiovaskular secara mendalam dan interaktif. Bukan sahaja menarik perhatian pengunjung dewasa, malah kanak-kanak turut seronok menyertai pelbagai aktiviti dan permainan bertemakan kesihatan.

Festival ini turut dihiasi dengan kehadiran Vibrant Health Marketplace, iaitu reruai gaya hidup sihat yang mengetengahkan makanan, produk kesihatan dan gaya hidup aktif.

SMC Terus Unggul Sebagai Hospital Kuartenari Swasta Terbesar Malaysia

Sebagai hospital swasta kuartenari terbesar di Malaysia, SMC bukan sekadar pakar dalam rawatan moden, malah aktif dalam pencegahan penyakit dan kesedaran komuniti.

SMC kini menawarkan lebih 60 bidang kepakaran, 28 Pusat Kecemerlangan, dan 810 katil berlesen, jumlah ini bakal meningkat kepada 1,100 katil sebaik sahaja Menara F (blok rawatan pediatrik) siap sepenuhnya.

Pengiktirafan yang diterima termasuk:

  • Tiga (3) akreditasi antarabangsa: JCI (USA), ACHS (Australia) dan MSQH (Malaysia)
  • Hospital Terbaik Malaysia dan disenaraikan antara 250 hospital terbaik dunia oleh Newsweek (2024 & 2025)
  • Empat (4) tahun berturut-turut menang Healthcare Asia Awards
  • Anugerah oleh Frost & Sullivan dan pengiktirafan kelestarian daripada CSR Malaysia Awards

SMC komited untuk terus mendekatkan penjagaan kesihatan kepada rakyat, dari rawatan canggih hingga program komuniti seperti ini. Kesihatan bukan pilihan, ia adalah keutamaan.