
PITAS: Lebih 2,000 pelajar membabitkan tujuh sekolah di daerah ini menerima bantuan secara langsung bagi keperluan persekolahan harian menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) baharu SMJ Energy Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan MyKasih.
Peruntukan melibatkan sebanyak RM2.5 juta berkenaan dilancarkan Menteri Kewangan Sabah merangkap Pengerusi SMJ Energy Datuk Seri Masidi Manjun, dalam majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibungan pada Selasa.
“Program ini mencerminkan komitmen SMJ Energy untuk memastikan manfaat hasil industri minyak dan gas Sabah disalurkan semula kepada rakyat khususnya anak-anak kita yang merupakan masa depan negeri ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia melibatkan tiga sekolah menengah dan empat sekolah rendah di Pitas dan menyediakan bantuan tunai tanpa sentuh (cashless) bagi pembelian makanan dan alat tulis di kantin serta koperasi sekolah.
“Kaedah ini memastikan ketelusan dan bantuan disalurkan terus kepada pelajar.
“Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat mengubah haluan hidup seorang pelajar sekali gus meringankan beban ibu bapa,” katanya.
Dalam inisiatif ini, bantuan bagi pelajar sekolah rendah bernilai RM80 sebulan sementara pelajar sekolah menengah akan menerima RM100 sebulan. Bantuan ini berterusan sehingga hujung tahun ini. Baki setiap bulan akan dibawa ke bulan berikutnya.
Dalam pada itu, Masidi turut menekankan bahawa Pitas adalah antara daerah yang menghadapi cabaran sosioekonomi paling besar di Sabah dan setiap anak harus diberi peluang yang sama tanpa mengira latar belakang.
Menurutnya, Yayasan MyKasih memainkan peranan penting dalam pelaksanaan termasuk memantau dan menyediakan laporan impak berkala.
“Inisiatif ini melengkapi usaha berterusan pihak sekolah, pegawai pendidikan, dan pertubuhan tempatan di Pitas.
“Kami sedar bahawa memajukan pendidikan luar bandar memerlukan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.


