Lebih 2,000 Peluang Kerjaya Menanti Rakyat Johor Sempena Karnival Lindung Kerjaya MADANI Anjuran PERKESO

LocalBusiness & Finance
19 Jun 2026 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

perk ft

Karnival LINDUNG Kerjaya MADANI anjuran PERKESO melalui MYFutureJobs menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan merentasi sektor pembuatan, pengangkutan, perkhidmatan dan industri makanan.

Antara syarikat yang membuka kaunter temu duga secara terus seperti:

  • YTL Data Centre
  • Celestica Electronics
  • Flextronics Shah Alam
  • Super Micro Computer Malaysia
  • Handal IndahGuan Chong Cocoa Manufacturer
  • SK 8 Engineering
  • Tiger Balm (M)
  • Novotel Johor Bahru City Centre

POSTER 1 1 scaled

Sesi temu duga secara terus tanpa menunggu panggilan susulan diadakan kerana majikan hadir menjalankan saringan secara bersemuka.

Menurut PERKESO, jawatan ditawarkan dari peringkat operator hingga pengurusan atasan dengan gaji sekitar RM3,500 (jawatan operasi) hingga RM16,000 (jawatan pengurusan kanan dan profesional) sebulan. 

  • graduan baharu
  • lepasan SPM
  • graduan TVET
  • pemegang diploma dan ijazah
  • individu berkemahiran teknikal,
  • individu yang ingin meningkatkan prospek kerjaya
  • pelajar latihan industri

PERKESO turut menyediakan sokongan kerjaya percuma termasuk kaunseling kerjaya, pemprofilan kemahiran dan bimbingan pembangunan kerjaya oleh pegawai yang berpengalaman. 

Selain peluang pekerjaan, pengunjung juga boleh ke zon MYFutureJobs Rover yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, cabaran menarik dan permainan santai yang menawarkan hadiah serta cenderamata eksklusif, selain mendapatkan maklumat skim perlindungan sosial PERKESO seperti LINDUNG 24 Jam (perlindungan luar waktu kerja kepada pencarum Akta 4), LINDUNG Kendiri (individu bekerja sendiri) dan LINDUNG Kasih (suri rumah).

Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai ke Karnival Lindung Kerjaya MADANI pada 21 Jun, 9 pagi hingga 5 petang di Setia Convention Hall, Setia Tropika, Johor Bahru. Daftar sekarang di myfuturejobs.gov.my/careerfair.

POSTER 4.jpg 1 scaled

Sumber: PERKESO

Sumber: PERKESOSumber: PERKESOSumber: PERKESO

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved