
Kota Kinabalu: Lebih 2.1 juta pekerja di Sabah kini menikmati perlindungan undang-undang yang lebih meluas di bawah Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 yang baru dikuatkuasakan.
Pindaan tersebut, yang dirasmikan semasa Konvensyen Buruh Tiga Pihak oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa (gambar), menandakan perubahan besar pertama ke atas Ordinan tersebut sejak lebih 20 tahun.
Berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025, Ordinan ini bertujuan menyeragamkan proses kawal selia serta memperjelas hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja, sekali gus memperkukuh perlindungan untuk semua pekerja, termasuk mereka yang sebelum ini tidak berdaftar atau tidak berdokumen.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Perubahan ini akan menambah baik keadaan pekerjaan dan melindungi pekerja rentan terutama di kawasan terpencil, dengan memperkukuh perlindungan undang-undang untuk semua,” kata Rosli.
Antara kemas kini utama Ordinan ini termasuk cuti bersalin lebih panjang (98 hari), cuti paterniti selama tujuh hari dan pengurangan jam kerja mingguan (45 jam), selaras dengan standard kebangsaan demi menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan.
“Perubahan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk menyediakan peluang saksama dan menjaga kesejahteraan keluarga,” katanya.
Beliau menekankan bahawa satu isu utama yang ditangani oleh Ordinan dipinda ini ialah bilangan pekerja asing tanpa dokumen yang tinggi di Sabah.
“Sabah, dengan populasi 3.8 juta, dianggarkan menempatkan 1.8 juta pekerja asing, namun hanya 2.1 juta pekerja yang didaftarkan secara rasmi, menunjukkan wujud kumpulan besar yang masih belum mendapat perlindungan undang-undang.
“Cabaran ini dalam tadbir urus buruh ini ingin ditangani menerusi kerangka pendaftaran yang lebih jelas di bawah Ordinan baharu ini,” katanya.
Selain itu, Rosli berkata, Kerajaan terus komited melindungi kumpulan rentan, khususnya di kawasan luar bandar, daripada kegiatan buruh paksa dan pemerdagangan manusia.
“Baru-baru ini, satu program advokasi anti-pemerdagangan dan buruh paksa telah diadakan di Merotai Besar, Tawau, membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
“Usaha seperti ini amat penting bagi memastikan semua pekerja, termasuk di komuniti terpencil, tidak terus menjadi mangsa eksploitasi.
“Ordinan dipinda ini bukan sahaja bertujuan untuk memasukkan pekerja tanpa berdokumen ke dalam sistem undang-undang, tetapi juga memastikan mereka dilindungi daripada risiko pemerdagangan manusia dan buruh paksa,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, Wan Zulkfli Wan Setapa, berkata pindaan Ordinan ini memperkukuh tanggungjawab bersama antara majikan dan JTK.
“Inisiatif ini memastikan semua pekerja, termasuk yang sebelum ini tidak berdaftar, dimasukkan ke dalam sistem undang-undang.
“Ia merupakan langkah penting bagi mencegah eksploitasi dan memastikan mereka menerima perlindungan sewajarnya di bawah undang-undang buruh,” katanya.
Rosli turut menegaskan komitmen Kerajaan untuk menguatkuasakan dasar gaji minimum nasional yang ditetapkan antara RM1,500 hingga RM1,700, bergantung kepada sektor.
“Dasar ini menjamin bayaran gaji adil kepada pekerja tempatan dan asing serta melindungi mereka daripada eksploitasi,” katanya ketika menjawab kebimbangan bahawa gaji rendah boleh mendorong pengambilan pekerja tanpa berdokumen.
Satu acara penting konvensyen ini ialah pelancaran Siri Konvoi Pendidikan Buruh, yang akan berjelajah ke seluruh negeri — dari ibu negeri ke Sandakan, Tawau dan beberapa daerah lain — sebelum berakhir di Tenom.
Wan Zulkfli berkata perjalanan selama tujuh hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang Ordinan Buruh yang dipinda, dengan tumpuan kepada pemegang taruh tiga pihak iaitu kerajaan, kumpulan majikan dan kesatuan sekerja.
“Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam mendidik dan melibatkan majikan, pekerja dan semua pemegang taruh agar memahami hak dan tanggungjawab mereka di bawah ordinan baharu ini,” katanya.
Di bawah pimpinan Pengarah JTK Sabah, inisiatif ini turut menumpukan usaha mendidik majikan, terutamanya pemilik ladang kecil dan pengusaha sawit kecil, mengenai tuntutan Ordinan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan peraturan.
“Pindaan ini menyelaraskan undang-undang buruh Sabah dengan standard kebangsaan dan antarabangsa, termasuk di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya.
Rosli menegaskan bahawa penyelarasan ini dijangka menarik pelabur bertanggungjawab dan menjana peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Sabah.
“Pindaan ini bukan sekadar kemas kini undang-undang. Ia adalah soal keadilan, penghormatan dan membina masa depan yang lebih baik untuk para pekerja di Sabah,” katanya semasa merasmikan konvensyen itu, sekali gus menandakan lembaran baharu bagi hak pekerja di Malaysia Timur.


