5,000 Polis, Dron Kawal Konsert Percuma Lady Gaga Yang Dibanjiri 2 Juta Penonton

5 May 2025 • 9:42 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lady Gaga berjaya menarik lebih 2.1 juta penonton hadir menyaksikan konsertnya yang dianjurkan secara percuma di Rio de Janeiro, Brazil, baru-baru ini.

Konsert tersebut berlangsung di Pantai Copacabana telah dibiayai oleh pemerintah negara tersebut. 



Ia menjadi konsert percuma pertama Gaga di negara itu. Demi keselamatan, kerajaan telah menggunakan khidmat 5,000 polis, dron dan kamera mengesan wajah untuk memastikan kelancaran konsert.



Gaga dilihat terharu dan memberi persembahan bertenaga pada konsert yang menyaksikan dirinya turut mengikut tema masyarakat tempatan termasuk memakai kostum bola sepak Brazil.



“Kalian telah menunggu saya. Menunggu saya lebih 10 tahun,” laung Gaga selepas kali terakhir membuat persembahan di Brazil pada tahun 2012.



Jutaan peminat diketahui telah mengembara daripada pelbagai daerah untuk menonton persembahan Gaga, lapor BBC.

Penyanyi tersebut antaranya menyanyikan lagu Alejandro, Poker Face,  Abracadabra dan Bad Romance.



Kemunculan bintang berusia 39 tahun itu di Brazil juga bersempena dengan kempen jelajah album terbaharunya, Mayhem. Gaga sebelumnya melakukan dua siri konsert di Mexico, minggu lalu.



Selain Gaga, pesohor Madonna juga pernah mengadakan konsert secara percuma di lokasi sama pada tahun lalu atas jemputan negara itu.