Lebih 20,000 rakyat Kemboja pelarian di negara sendiri

1 Aug 2026 • 11:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 20,000 rakyat Kemboja pelarian di negara sendiri

PHNOM PENH –  Lebih 20,000 rakyat Kemboja masih menjadi pelarian di sempadan dengan Thailand susulan pertempuran pada tahun lalu, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Tom Andrews  semalam, sambil menggesa Phnom Penh dan Bangkok menyelesaikan krisis tersebut.

Pertikaian sempadan yang telah lama berlarutan meletus menjadi pertempuran pada Julai dan Disember 2025,  mengorbankan berpuluh-puluh orang. 

Thailand dan Kemboja kemudian bersetuju mengadakan  gencatan senjata pada Disember 2025  tetapi saling menuduh pihak satu lagi melanggar persetujuan tersebut.

“Undang-undang antarabangsa sangat jelas. Mereka yang hilang tempat tinggal dalam situasi seperti ini mempunyai hak untuk pulang ke rumah,” kata  Andrews semalam.

Menurutnya, 650,000 orang awam Kemboja hilang tempat tinggal menjelang akhir 2025, manakala 20,000 lagi masih menjadi pelarian.

Beberapa bandar dan kampung kini diduduki oleh tentera Thailand, katanya, manakala kawat berduri dan penghadang menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah.

Bangkok menegaskan bahawa pihaknya hanya menuntut semula tanah Thai yang telah diduduki oleh rakyat Kemboja. – AFP

 

The post Lebih 20,000 rakyat Kemboja pelarian di negara sendiri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved