Pemegang Kad UNHCR Tetap Dianggap PATI, Tapi Ada Pengecualian Tertentu – Imigresen

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 5:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

UNHCR pati imigresen

Isu melibatkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terus menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas tular beberapa insiden membabitkan pelarian di negara ini.

Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan bahawa pemegang kad UNHCR yang sah masih dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tertakluk kepada undang-undang negara.

Bagaimanapun, mereka diberikan pengecualian daripada pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan memasuki negara tanpa dokumen sah.

JIM dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan, pengecualian tersebut tidak bermaksud pemegang kad UNHCR kebal daripada tindakan undang-undang.

Sebaliknya, mereka masih perlu mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia dan boleh dikenakan tindakan jika melakukan kesalahan lain.

A62E5096 BC46 49C5 8B68 4BB3129E4BDB

Dalam pada itu, JIM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana warga asing kerana ia boleh menimbulkan implikasi dari sudut keselamatan, ketenteraman awam dan perundangan.

“Ingin ditegaskan bahawa sebarang tindakan berkaitan warga asing hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang,” menurut kenyataan itu.

JIM turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga asing yang disyaki melanggar undang-undang imigresen supaya menyalurkannya kepada JIM atau agensi penguat kuasa berkaitan.

Menurut jabatan itu, setiap aduan akan disiasat dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved