Lebih 200 Kapal Dari China Mulai Memenuhi Perairan Berhampiran Malaysia

10 Sep 2024 • 12:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

China tingkatkan kehadiran kapal di sekitar kawasan Escoda Shoal

Lebih 200 Kapal Dari China Mulai Memenuhi Perairan Berhampiran Malaysia. Baru-baru ini, media Filipina melaporkan telah mengesan lebih 200 kapal China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia, satu peningkatan mendadak berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 163 kapal di kawasan yang sama.

Terumbu Sabina atau Escoda Shoal mencatatkan kehadiran tertinggi, dengan 71 kapal, termasuk 53 kapal “militia maritim”, sembilan kapal tentera laut, dan sembilan kapal pengawal pantai China. Kehadiran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia dianggap sebagai langkah agresif oleh China.

image is not available

Kapal Perang China Dikesan Berhampiran Sarawak

Keadaan semakin meruncing apabila kapal perang jenis frigat 053H3 Jiangwei milik China dikesan berlegar berhampiran pelantar minyak Velesto NAGA 4 dalam perairan Sarawak. Ini dilihat sebagai satu bentuk ugutan yang terus meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan, kawasan strategik yang menjadi rebutan beberapa negara.

Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengambil maklum mengenai laporan ini, namun tidak dapat mengesahkan ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tersebut. Pihak kementerian menjelaskan bahawa hal ini berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa keselamatan dan pertahanan negara.

Dalam kenyataan media, Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Malaysia komited untuk mempertahankan kedaulatan dan hak-hak di kawasan maritim seperti yang digariskan dalam Peta Malaysia 1979 dan selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Baru-baru ini China telah menghantar nota protes kepada Malaysia untuk menghentikan aktiviti di perairan Sarawak, baca lanjut di bawah: