​Lebih 200 laporan polis, 700 pekebun bantah projek kelapa sawit di hutan simpan Pahang

LocalEnvironment
28 Jul 2026 • 11:52 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ​Lebih 200 laporan polis, 700 pekebun bantah projek kelapa sawit di hutan simpan Pahang

​KUANTAN: Lebih 200 laporan polis dibuat oleh kira-kira 700 pekebun bersama Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) bagi membantah projek pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seluas kira-kira 7,550 hektar di negeri ini.

​Tindakan tegas itu diambil selepas projek berkenaan didakwa sudah mendapat kelulusan di sebuah daerah dalam Pahang, sekali gus menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan komuniti pekebun tempatan.

Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, laporan polis itu dibuat secara berperingkat di beberapa balai polis daerah bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kelulusan projek tersebut.

“Projek pengeluaran hasil berskala besar di kawasan hutan simpan bukan sahaja berisiko merosakkan ekosistem alam sekitar, malah memberi impak negatif terhadap mata pencarian komuniti pekebun di kawasan berhampiran.

“Kesemua pekebun yang menyertai bantahan itu terdiri daripada penduduk yang mengusahakan tanah di empat daerah utama iaitu Bera, Maran, Raub dan Bentong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

​Haslihelmy menegaskan, kebanyakan pekebun terbabit bergantung hidup pada hasil pertanian di kawasan sekitar sejak sekian lama dan kini berdepan ancaman kehilangan sumber pendapatan utama mereka.

​Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tampil memberikan penjelasan telus berhubung status kelulusan tanah HSK berkenaan.

​Beliau turut berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sekiranya wujud sebarang unsur salah guna kuasa, penyelewengan atau salah laku dalam proses kelulusan projek berkenaan. – UTUSAN

The post ​Lebih 200 laporan polis, 700 pekebun bantah projek kelapa sawit di hutan simpan Pahang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved