Lebih 3,000 Akses Terhadap Laman Web Cetak Rompak Disekat KPDN Sehingga Oktober 2024

TechnologyDigital
9 Dec 2024 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan sebanyak 3,553 akses terhadap laman sesawang melibatkan cetak rompak telah disekat sejak 2021 hingga Oktober lalu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberitahu berdasarkan jumlah itu, antara yang telah disekat ialah laman web yang menyiarkan karya hak cipta berjudul Syurga Itu Bukan Mudah, Jangan Lupa Janji dan China Wrong Direction. Selain itu terdapat 40 halangan akses dilakukan terhadap laman web yang melakukan pelanggaran berkaitan penjualan barangan tiruan atau perkhidmatan secara dalam talian atau fizikal yang boleh membawa kepada penguatkuasaan kesalahan jenayah.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jelas beliau lagi, kesemua kesalahan itu boleh disabitkan denda tidak kurang RM1 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun di bawah Seksyen 99 hingga Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019. Dalam masa sama kaedah sedia ada yang digunakan untuk sekatan tersebut melalui Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) yang dilaksanakan sehingga kini bagi membanteras pelanggaran hak cipta filem digital atau cetak rompak filem digital secara dalam medium internet.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved