Lebih 3,000 warga UPSI sertai majlis bacaan Yasin dan Tahlil, peringati tragedi Gerik

11 Jun 2026 • 7:30 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Lebih 3,000 warga UPSI sertai majlis bacaan Yasin dan Tahlil, peringati tragedi Gerik
Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Muhammad Irfan (tiga dari kiri, atas) pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Insiden Gerik di Masjid Al-Mursyidin Kampus Sultan Azlan Shah UPSI. Photo credit: UPSI

Lebih 3,000 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta masyarakat setempat menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khas bagi memperingati tragedi kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa penuntut universiti itu di Gerik, Perak, baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh hiba itu diadakan secara hibrid, melibatkan kehadiran fizikal di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di sini, serta siaran langsung secara dalam talian bagi membolehkan penyertaan warga universiti di pelbagai lokasi.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata majlis berkenaan bukan sahaja menjadi simbol solidariti dan kebersamaan warga universiti, malah ruang untuk mendoakan kesejahteraan roh mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

“Walaupun masa terus berlalu, kehilangan anak-anak UPSI ini tetap dirasai seluruh warga universiti. Kehadiran ribuan peserta pada malam ini mencerminkan semangat kekeluargaan yang utuh dalam kalangan warga UPSI.

“Kita berhimpun bukan sekadar untuk mengenang, tetapi untuk terus mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata UPSI akan terus komited dalam memastikan kebajikan keluarga mangsa serta sokongan emosi dan psikologi kepada warga yang terkesan terus diberikan secara berterusan.

Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat itu dipimpin oleh Imam Masjid Al-Mursyidin yang juga merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat UPSI, Muhammad Irfan Mohd Amir, dengan suasana hiba menyelubungi para hadirin apabila sebahagian peserta, khususnya pelajar, tidak dapat menahan sebak sepanjang majlis berlangsung.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Dr.Mohd Izwan Shahril serta barisan pengurusan universiti.

Terdahulu, pada awal pagi 9 Jun 2025, seramai 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama di Tanjong Malim, Perak, terbalik selepas melanggar sebuah Perodua Alza.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved