Lebih 30 Jam Berpaut Pada Tong Minyak, Nelayan Selamat Ditemui Di Sabah

27 Jan 2023 • 9:17 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hanya berpaut pada bekas tong minyak

Lebih 30 Jam Berpaut Pada Tong Minyak, Nelayan Selamat Ditemui Di Sabah. Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama dua rakan karam di perairan Karambunai ditemui selamat.

Mangsa, Morris Dulin, 69, ditemui selamat dalam keadaan terapung dengan berpaut pada tong bekas minyak lebih 30 jam di kawasan perairan Sepanggar sekitar pukul 1.45 tengah hari semalam.

image is not available
Lebih 30 Jam Berpaut Pada Tong Minyak, Nelayan Selamat Ditemui Di Sabah. Sumber: Kosmo

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, lelaki berkenaan ditemui oleh Kapal KD Sunda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Jelasnya, mangsa kemudiannya dibawa balik ke pangkalan TLDM untuk tindakan pengesahan dan rawatan,” katanya.

Dua lagi rakannya sudah ditemui semalam

Terdahulu, dalam kejadian jam 6 pagi semalam, dua rakannya yang berusia 41 dan 42 tahun ditemui selamat manakala mangsa hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Karambunai.

Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Mengkabung, Tuaran itu dilaporkan keluar ke laut untuk memukat ikan dengan menggunakan sebuah bot.

image is not available

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke jeti, cuaca bertukar buruk sehingga mengakibatkan bot dinaiki ketiga-tiga mangsa karam.

Dua rakan mangsa yang dikatakan memakai jaket keselamatan berjaya berenang ke pantai untuk mendapatkan bantuan dan melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Baca lagi artikel terkini: