Lebih 30 sertai program kesihatan reproduktif di Penampang

12 Feb 2023 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Remaja perlu didedahkan lebih awal kepada risiko, kaedah pencegahan berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif serta undang-undang yang melindungi mereka daripada sebarang gangguan seksual.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, akhir-akhir ini masyarakat disajikan dengan masalah remaja seperti merokok, ketagihan dadah, obesiti, kehamilan remaja, masalah pembuangan bayi, rogol dan gangsterisme di kalangan pelajar.

“Perkhidmatan kesihatan remaja bukanlah perkara yang baharu. Kesihatan reproduktif remaja ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk golongan remaja mendapatkan pengetahuan.