Lebih 350 ketua isi rumah di Kuala Selangor terima bantuan banjir

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 7:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lebih 350 ketua isi rumah di Kuala Selangor terima bantuan banjir

SHAH ALAM, 24 NOV: Lebih 350 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Parit Mahang, Kuala Selangor menerima bantuan keseluruhan RM3,000 setiap keluarga setakat hari ini.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata jumlah itu merangkumi sumbangan RM500 daripada Kerajaan Negeri kepada mangsa yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS), selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Image from: Lebih 350 ketua isi rumah di Kuala Selangor terima bantuan banjir
Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan ditemui media di Pusat Pemindahan Sementara SK Parit Mahang Kuala Selangor pada 18 November 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan telah diterima dan disusun untuk diserahkan kepada mangsa.

“Setakat ini, penyerahan di Parit Mahang selesai, manakala agihan di Maharajalela akan dilaksanakan minggu ini. Selepas itu, kita akan menyelesaikan pengagihan di setiap PPS mengikut jadual yang ditetapkan sehingga Sabtu ini,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata pihaknya turut menguruskan pendaftaran dan penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah ke PPS, namun jumlah diterima golongan itu adalah separuh daripada kadar bantuan yang diumumkan kerajaan.

“Kita masih membuka pendaftaran melalui ketua kampung dan penghulu mukim bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS.

“Kita selesaikan dahulu agihan kepada mereka yang ditempatkan di PPS sebelum menguruskan mangsa yang tidak berpindah. Jumlah bantuan yang diterima mereka adalah separuh daripada yang diumumkan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada mangsa banjir di negeri ini.

Dalam perkembangan sama, jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor menurun kepada 1,083 orang daripada 294 keluarga setakat tengah hari tadi, dengan enam PPS masih beroperasi berbanding 13 sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved