Lebih 4,000 sertai Oghang Kite Berselawat di Masjid Al Ansar

5 Oct 2026 • 6:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 4,000 sertai Oghang Kite Berselawat di Masjid Al Ansar

PETALING JAYA – Lebih 4,000 orang menyertai Program Oghang Kite Berselawat di Masjid Al Ansar, Changkat Lada, Pasir Salak, Perak malam tadi.

Program berkenaan berlangsung dalam suasana penuh penghayatan menerusi alunan selawat dan pengisian ilmu oleh Ustaz Neezam Al-Banjari serta Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi.

Kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat itu sekali gus memperlihatkan sambutan menggalakkan terhadap program berunsurkan kerohanian, selain menjadi wadah mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.

Antara detik menarik perhatian pada program tersebut ialah apabila Datuk Wira Ramelle Ashram Tun Ramli menerima sanad daripada Ustaz Neezam Al-Banjari.

Menurut Ramelle Ashram, program seumpama itu bukan sekadar majlis keagamaan, sebaliknya menjadi ruang untuk masyarakat berhimpun, berselawat dan menyuburkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Katanya, sambutan lebih 4,000 peserta turut menunjukkan masyarakat masih mengalu-alukan program yang membawa mesej perpaduan, kerohanian dan keharmonian.

“Penganjuran Oghang Kite Berselawat diharap dapat diteruskan sebagai wadah menghidupkan budaya berselawat serta memperkukuhkan hubungan masyarakat di Parlimen Pasir Salak.

“Program itu turut dimeriahkan dengan pengisian ilmu dan selawat sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan nilai keagamaan serta tradisi setempat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

The post Lebih 4,000 sertai Oghang Kite Berselawat di Masjid Al Ansar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved