Lebih 40 Aneka Lauk Disediakan, Buffet Di Restoran Pohonmas Samarahan Tawar Harga Bawah RM 50

1 Apr 2023 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kedai makan legend di Samarahan sediakan buffet Ramadan dengan harga amat berpatutan!

Lebih 40 Aneka Lauk Disediakan, Buffet Di Restoran Pohonmas Samarahan Tawar Harga Bawah RM 50. Penduduk di kawasan Kota Samarahan pasti tahu restoran ini kan? Pohonmas Cafe & Restaurant ini adalah salah satu port makan yang legend dan digemari penduduk tempatan di sini.

Jika anda masih lagi mencari tempat makan yang menyediakan hidangan buffet untuk berbuka puasa di Kota Samarahan, apa kata anda cuba Restoran Pohonmas ini!

image is not available
Lebih 40 Aneka Lauk Disediakan, Buffet Di Restoran Pohonmas Samarahan Tawar Harga Bawah RM 50

image is not available

Pelbagai hidangan menarik menanti anda

Menyediakan lebih 40 jenis lauk berbuka puasa seperti Kambing Bakar, Shell Out, Laksa Sarawak, Mi Kolok, Daging Geprek, Aneka jenis Spaghetti, Butter Prawn, Ikan Asam Pedas, Tauhu Sumbat, Abc, Kuih Muih, Aiskrim dan banyak lagi, harga untuk seorang dewasa makan di sini adalah hanya RM 45 sahaja!

Harga buat kanak-kanak pula hanya RM 18 manakala warga emas pula hanya RM 30 sahaja. Jika anda menempah secara dalam talian iaitu dengan menghubungi nombor 014-6869663 di Whatsapp, anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah lagi!

image is not available

image is not available

Makanan dijamin Halal

Dijamin Halal, makanan di sini disediakan khas untuk semua orang yang ingin berbuka puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Jadi tunggu apa lagi, jika anda berada di Kota Samarahan atau di kawasan yang berhampiran dengannya, anda boleh singgah untuk menikmati menu buffet yang lazat di sini bersama orang tersayang!

Lokasi: Ground Floor L3022 SL16 Jln Dato Mohd Musa, Desa Ilmu 94300 Kota Samarahan Sarawak.

Lagi port berbuka puasa menarik untuk anda di sini: