Sangkakan Mekdi Rupanya ‘Hekdi’, Kongsian Wanita Ini Buat Warga Samarahan Terciduk

30 Mar 2023 • 9:07 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Harapan palsu betul lah’ – netizen

Sangkakan Mekdi Rupanya ‘Hekdi’, Kongsian Wanita Ini Buat Warga Samarahan Terciduk. McDonald’s atau ‘Mekdi‘ gelaran yang sering kita guna adalah salah satu rangkaian restoran fast food yang amat popular di kalangan warga Malaysia.

Ia merupakan salah satu tempat makan yang sering dikunjungi oleh warga untuk menjamu selera mereka dengan pelbagai hidangan seperti burger, ayam goreng, kentang goreng, dan minuman.

image is not available
Sangkakan Mekdi Rupanya ‘Hekdi’, Kongsian Wanita Ini Buat Warga Samarahan Terciduk. Gambar sekadar hiasan.

Khabarnya McDonald bakal dibangunkan bersebelahan dengan bulatan Jalan Meranek

Baru-baru ini telah riuh di laman sosial dalam kalangan warga Samarahan di mana tempat yang mereka sangkakan adalah bangunan McDonald rupanya adalah bangunan Honda.

Terletak bersebelahan di bulatan Jalan Meranek. Sebelumnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pihak McDonald sedang mencari pekerja untuk cawangan McDonald di Samarahan.

image is not available
Sumber: Facebook

Lahh terciduk rupanya, min pun ikut terciduk jugak

Khabar ini merupakan khabar gembira buat warga Samarahan kerana mereka tidak perlu lagi turun ke Kuching untuk membeli McDonald. Yelah, Samarahan kan terkenal dengan jalan yang sesak.

Namun, kongsian milik Siti Johari di laman Facebook ini malah buat semua warga Samarahan terciduk. Rupa-rupanya bangunan yang mereka sangkakan McDonald adalah bangunan Honda.

image is not available
Sumber: Facebook

Reaksi netizen turut menghiburkan

Kongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan raih 200 kongsian dan menjadi buah mulut di laman sosial.

Rata-rata netizen turut berasa kecewa dengan info tersebut, ada juga yang merasa lucu melihat reaksi warga Samarahan.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: