Lebih 40 Guru Di Indonesia Minta Cerai Lepas Dapat Pelantikan Tetap

LocalFamily & Parenting
31 Jul 2025 • 10:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lebih 40 Guru Di Indonesia Minta Cerai Lepas Dapat Pelantikan Tetap

Indonesia — Seramai 42 orang guru di Cianjur, Jawa Barat dilaporkan telah memfailkan perceraian selepas menerima pelantikan tetap Aparatur Sipil Negara (ASN) di bawah skim Perjanjian Kerja Kakitangan Kerajaan (PPPK), lapor Kompas.com.

Menurut Kompas.com, kejadian seperti ini bukan hanya berlaku di Cianjur, malah di beberapa wilayah lain di negara terbabit. Justeru, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Daripada jumlah tersebut, 30 orang dilaporkan baru sahaja mengemukakan permohonan cerai mereka, manakala 12 lagi dalam proses untuk memuktamadkan.

Ketua Jabatan Pendidikan Belia dan Sukan (Disdikpora) Kabupaten Cianjur, Ruhli berkata, kebanyakan pemohon terdiri daripada wanita.

“Kebanyakan wanita yang memohon cerai terhadap suami mereka,” katanya.

Menurut Ruhli, status sebagai kakitangan awam telah memberikan kuasa ekonomi yang sebelum ini tidak dimiliki oleh guru-guru wanita tersebut.

“Pencetusnya adalah faktor ekonomi. Salah satu sebabnya ialah wanita kini sudah berdikari dari segi kewangan sebagai PPPK, sehingga mereka sanggup menuntut perceraian daripada suami mereka,” tegasnya.

Di Kabupaten Blitar, Jawa Timur misalnya, Jabatan Pendidikan setempat mencatat sekurang-kurangnya 20 orang guru sekolah rendah telah memfailkan cerai terhadap suami mereka dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Angka ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun 2024 yang hanya mencatatkan 15 kes sepanjang tahun.

“Ini jelas menunjukkan lonjakan kes perceraian dalam kalangan guru ASN, khususnya melalui laluan PPPK,” kata Ketua Bidang Pengurusan Sekolah Dasar Jabatan Pendidikan Kabupaten Blitar, Deny Setyawan.

Beliau mengesyaki peningkatan ini mempunyai kaitan dengan status baharu guru sebagai ASN, yang menjadikan mereka lebih berdikari dari segi kewangan.

Menurut Deny, kebanyakan plaintif adalah guru wanita yang sebelum ini berstatus guru tidak tetap atau guru honorer (GTT). Selepas dilantik sebagai PPPK ASN, mereka kini mempunyai pendapatan tetap yang secara tidak langsung memberi kekuatan kewangan yang sebelum ini tidak dimiliki.

“Alasan yang mereka nyatakan bukanlah berkaitan kewangan, tetapi kebanyakannya menyebut sudah tidak serasi lagi dengan pasangan. Namun, fakta sebenar menunjukkan sebaliknya,” tambah Deny.

Deny juga menyatakan bahawa Pejabat Pendidikan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perceraian.

Namun begitu, beliau memberi jaminan bahawa prosiding perceraian melibatkan guru ASN PPPK akan diteruskan mengikut peruntukan dalam sistem perkhidmatan awam.

“Tidak mustahil untuk menghalang perceraian. Lagipun, perceraian adalah hak setiap individu dalam sesebuah rumah tangga,” jelasnya.

Sumber: Kompas.com