Raise The Star Malaysia: “Rayme Adalah Contoh Terbaik Untuk….” - Aina Abdul

22 Jul 2025 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sudah masuk minggu suku akhir, juri tetap Raise The Star Malaysia (RSTMY), Aina Abdul mengharapkan setiap peserta dapat menampilkan identiti muzik mereka dengan lebih jelas dan meyakinkan.

Jelas Aina, selepas lima minggu berada di atas pentas setiap peserta sepatutnya sudah cukup memahami kekuatan serta gaya muzik yang paling sesuai dengan diri masing-masing.


“Ini sudah masuk minggu keenam, saya rasa setiap peserta sudah tahu apa forte dan kelebihan mereka supaya bila mereka keluar dan menjadi artis mereka sudah tahu lagu yang bagaimana mereka mahu release.

“Mereka kena buat kami percaya dengan gaya mereka,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Aina turut menyebut nama Remy sebagai contoh terbaik yang banyak menampilkan identiti seninya yang tersendiri.

“Contoh terbaik adalah Remy. Apa saya boleh katakan tentang Remy, bagilah lagu apa sekalipun, dia tetap ada gaya dia sendiri. Saya bukan nak terlebih-lebih puji Remy, tapi saya rasa dia adalah contoh yang baik.


Minggu ni pun, apa jua lagu yang dia bawa, kita masih nampak Remy dan itu sesuatu yang bagus,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved