
KUNAK: Seramai 45 kanak-kanak menyertai acara berkhatan percuma, Program Sunathon Perdana di PPMI Kg Kabog, di sini, Sabtu.
Program anjuran Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) bersama NGO Haluan Sabah (Pertubuhan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) itu diadakan bagi membantu ibu bapa khususnya golongan B40 untuk mendapatkan perkhidmatan itu.
Naib Yang Dipertua Haluan Sabah, Dr. Mohd Fauzy Mat Sani berkata ada ibu bapa di daerah itu menghadapi masalah pengangkutan, kenderaan dan kekangan lain untuk menghantar anak mereka mendapatkan perkhidmatan itu.
