Waris kanak-kanak ini dicari

16 Feb 2023 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini mencari waris seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun bernama Mohammad Ajmal (gambar).

Pegawai Pelindung - Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di Kunak, Ku Yen Lee berkata, pihaknya memohon ihsan orang ramai yang mengenali atau mengetahui ibu bapa atau waris kepada kanak-kanak itu untuk tampil menghubungi Jabatan Kebajikan Kunak di 089-851208 atau 011-31626670.

Menurut Yen, hasil siasatan awal kanak-kanak itu pada mulanya ketika berusia tiga bulan telah diserahkan kepada sebuah ‘keluarga jagaan’ untuk sementara waktu dengan alasan ibu kandung kanak-kanak tersebut yang hanya dikenali sebagai Salha ingin pulang ke kampung di Tingkayu Kunak.

Kronologinya, kanak-kanak tersebut mulanya diserahkan oleh ibunya kepada sebuah keluarga jagaan di Kg. Sungai Atas yang mana ketika itu pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Namun sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak itu tidak dapat dihubungi dan keberadaannya juga gagal dikesan. Kanak-kanak itu kini berusia tiga tahun dan dijaga dengan baik oleh ‘keluarga jagaan’ yang ditinggalkan bersama,” katanya.

Pencarian waris atau ibu kandung kanak-kanak itu dibuat mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.